a.comment-link:before{content:"76";}

19.2.23

Nasi Bukhari Uzbek - Al Faham

Good day from Mcburn's Kampong Kitchen to all of you and get new recipe for you to try it at home. "Enjoy cooking and live life"


Nasi Bukhari Al Faham


Bahan-bahan

  • 1 helai daun salam
  • 1/2 inci batang kayu manis
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1/4 sudu lada hitam
  • 1/2 sudu jintan
  • 2-3 buah pelaga
  • Serbuk cili
  • Garam (sukatan ikut citarasa)
  • 1/4 sudu serbuk kunyit
  • 2 cubit serbuk pewarna oren (nak guna boleh, tak gunapun boleh)
  • 2 mangkuk stok ayam
  • 1 mangkuk beras basmathi (yang telah dibersihkan)
  • 1/2 sudu teh buah pelaga hijau
  • 1/2 batang kayu manis
  • 1 sudu makan jintan
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 1 sudu pes bawang putih
  • 1 sudu pes tomato
  • 1 sudu garam masala

Cara memasak

  • Masukkan bahan-bahan seperti daun salam, kayu manis, biji ketumbar, bunga cengkih, lada hitam, jintan dan buah pelaga dalam periuk, tumis bahan tanpa minyak dan naik bau.
  • Kemudian toskan dan Kisar bahan-bahan tadi bersama sebiji buah lemon kering hingga halus.
  • Selepas itu, tuang bahan yang telah menjadi serbuk tadi kedalam mangkuk.
  • Kemudian masukkan serbuk cili merah, garam dan juga serbuk pewarna oren (kalau nak masukkan) dan gaul rata bahan.
  • Selepas itu, masukkan minyak masak ke dalam periuk dan lobak merah yang telah dipotong halus secara memanjang (tengok video) bersama kismis.
  • Tumis bahan-bahan selama 2 minit, kemudian angkat dan toskan bahan.
  • Kemudian masukkan pula bawang besar dan tumis hingga layu atau lembut, selepas itu masukkan buah pelaga hijau, batang kayu manis, biji jintan, biji ketumbar, dan pes bawang putih, dan tumis bahan-bahan hingga naik bau .
  • Selepas itu, masukkan pes tomato, garam masala dan tumis bahan-bahan seketika. Kemudian masukkan stok ayam dan biarkan ia masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan beras basmathi yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama sedikit garam dan gaul rata bahan-bahan.
  • Masak dengan api sedarhana panas dan sehingga beras telah menyebab ke dalam nasi. Beras yang telah bertukar menjadi nasi, bolehlah ditaburkan dengan lobak dan kismis yang ditumis tadi.
  • Dan nasi yang dah siap masak boleh dihidang panas-panas bersama ayam goreng atau ayam masak masala.

Kamu boleh cuba memasak nasi bukhara ini di rumah untuk keluarga masa hujung minggu nanti, memang tak rugi cuba masak nasi bukhara masakan sendiri..

Video cara memasak Nasi Bukhari.




Video Cara Membuat dan memasak Ayam Al Faham.


1 comment:

  1. I'm grateful for the genuine connection and engagement you maintain with your audience.

    ReplyDelete